Satu yang menarik dalam kunjungan saya kali ini ialah kesempatan berkerjasama dengan rakan-rakan dari Vietnam.
Sepanjang hari mendengar pembentangan kertas kerja mengenai kerja-kerja penyelidikan mereka. Banyak yang saya tidak faham. Puncanya cuma boleh jadi antara dua sebab; saya tak faham apa yang mereka bentangkan atau saya tak faham isi pembentangan mereka. Harap-harap ketidak fahaman saya berpunca dari sebab pertama kerana kalau sebab kedua saya mesti bertanya kenapa saya ada di sini....
Seperkara yang menarik mengenai orang-orang vietnam ini ialah walau apa pun bahasa yang mereka gunakan bunyinya tetap bunyi bahasa mereka. Cuma mereka tidak kisah dan tidak pula merasa segan untuk membentangkan kertas kerja mereka. Jauh berbeza dengan orang-orang kita yang selalu rasa rendah diri untuk cuba bertutur dalam bahasa asing. Tapi bila sudah mahir dalam bahasa asing, cara percakapan mereka mengalahkan penutur asal bahasa tersebut. Hilang identiti sebagai orang kita.......
salam tunbandu bila mahu menulis entri blog lagi?
ReplyDelete